Thursday 17 February 2011

First Thought

Assalamualaikum..

     Jadi aku dah ter-create blog baru lah pulak. aiseh... Sebelum ni aku ade juga blog tapi blog tu private. Jadi lama kelamaan aku jadi bosan dengan blog private aku tu. (tu la gatal private-kan sapa suruh!). 



peaceful warrior


Baiklah rakan2. aku buat blog ni cuma nak berkongsi pendapat tentang apa yang berlaku di sekeliling aku. Pernah tak korang terlihat, terdengar, atau ter ter ter something, korang nak tegur tapi korang rase macam tak wajar pulak nak tegur mase tu takut menyinggung perasaan mane2 pihak. aku selalu jugaklah macam tu. Jadi aku selalu pendamkan ape yang aku rase. Pendam2 ni tak elok ye rakan2, silap2 hari bulan nanti meletup susah. 

Dengan itu ter-create lah blog ini dek kerana ke-tidak-puasan-hati kadangkala meluap2 tetapi tidak dapat dihemburkan umpama naga menghemburkan api yang marak dengan hembusan nafas nya..(ape aku merepek ni =_=  )



stress

Serba sedikit tentang diri aku, aku berumur 22 tahun, belum berkahwin, masih belajar. Aku seorang yang agak serius dan pendiam. Aku juga seorang yang kuat membebel. Well...aku ni macam sewel sikit ade split personality, aku pun pening -_-'  walaupun most of the time aku suke buat hal sendiri, tapi bile aku dah start bercakap aku susah nak berhenti. Sampai kadang2 aku paksa orang untuk pay attention dekat aku (maybe diorang ade problem tu yang susah nak pay attention tu. Tapi takpa, aku paham.) :')

So senang2 drop la comment ke pendapat korang tentang ape yang aku tulis. Aku masih baru dan masih banyak yang perlu aku belajar, jadi sila betulkan aku jika aku salah. 

Sampai sini sahaja. Adios!


Thanks for reading! ^_^


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...