Friday 18 February 2011

Bad Habits. Yang mane satu korang? ahaa..


Assalamualaikum..

Baiklah rakan2 arini aku nak cite pasal bad habits. Korang sume bijak pandai mesti tau kan bad habits tu ape. Dia macam, err..tabiat (tebiat?) beruk buruk yang korang dah lame amalkan dan susah nak buang. Dekat bawah ni aku ade ranking kan tabiat2 buruk yang terlintas kat kepala aku. Ini cume sebahagian je, merangkap tops bad habits.


ISAP JARI
Biase nye orang isap jari ni dorang isap ibu jari la kan. Tak pernah pulak aku tengok orang isap jari telunjuk ke jari hantu ke. Habits buruk ni biasenye jadi dari kecik. Dari kecik dah belajar isap jari pastu mak bapak tak bagi ape2 cara untuk prevent si budak ni dari isap jari, maka sampai ke besar la kau duk isap jari tu.
Hei! tak malu ke dah tua bangka pun isap jari huh? Adik2 aku yang kecik pun tak macam tu taw! -_-

Aku ade kenal sorang budak ni. Beliau memang dari kecik suke isap jari. Geli dohhh!. Bile budak ni dah besar, jari yang beliau suke isap tu jadi kecut dan tak normal berbanding jari lain. Dapat bayang kan tak rupa jari tu? eww.

Sucking the thumb (or fingers) can also produce a localizes 
deformation of the teeth and the supporting bone

Cara nak atasi senang je. Kalau kau tengok anak kau, adik kau ke sape2 lah dah start isap jari, kau balut kan jari yang dia isap tu dengan plaster. Kalau budak perempuan senang sikit, bagi plaster yang comel2 sikit mesti diorang sayang nak isap. Bile dah pakai kan plaster tu kau ugut la sikit, cakap 'kalau ang bukak, den potong jari ang'.

MELUNCAS
Err.. ini orang gile sex suke buat ni. Meluncas tak kira masa, asal tengok gender bertentangan je rase stim, pastu meluncas. Tak tau ler aku nak kata apa. Der,  lu da besar panjang, lu pikir la sendiri..

BERSHOPPING
Ini kira bad habits jugak la. Pantang nampak bende cantik sume kau nak beli even bende tu kau tak perlu kan sangat. Pastu hutang keliling pinggang. Ha, ni lagi satu bad habit gak. Suke berhutang. Dah tak ada duit buat la cara takda duit. Pastu kang dah teruk sangat mula lah nak pinjam duit aku. Tau sangat dah tu. Yang jadi mangsa sape? Aku jugak. Nasib baik aku ni pemurah, tolong jugak kau (walaupun tak ikhlas) wakaka.
(Eh, tetibe aku ingat, kau ade hutang aku 300 hengget kan?)

KUAT MAKAN
Lapar, makan. Kenyang makan. Boring, makan. Tension, makan. Tidur, makan. Berak makan tak? Ops!

GIGIT / KUNYAH BELAKANG PENCIL / PEN / STRAW
Cuba korang imagine: Korang gigit penutup pen - a disgusting place to start with. Korang kunyah2 dengan rakusnye bende alah tu. Airliur korang ( tempat paling heaven for germs) melekat dekat pen tu pastu menjelajah ke seluruh dunia - beg, meja, buku, lantai, tangan (atau mulut) orang lain and finally masuk balik dalam mulut korang. Amacam, sedap?

Cara nak atasi senang je. Korang pergi drug store pastu beli stuff yang diorang jual untuk stop orang yang suke gigit kuku. Rupa dia macam varnish pastu ade rase pahit2. Korang kena paint kan dekat pen korang pastu next time kalau korang tergigit pen tu korang tau la macam mane rase dye nanti.

CABUT RAMBUT GATAL
Selalunye perempuan la yang suka cabut rambut gatal ni. Padahal rambut tu manade gatal, tangan tu yang gatal2 nak cabut rambut yang tak gatal tu. Adik aku suke cabut rambut gatal. Teruk sampai bahagian tengah kepala dia macam botak, rambut jadi jarang2. Aku cakap dekat dia, 'Kau nak cabut rambut tu kau cabut la depan sikit, belakang sikit, tengah sikit..baru la sama rata' pastu budak tu jeling aku. Eh, betul ape aku cakap?
Dah lah tu, kalau setakat cabut rambut sendiri takpe. Ni kang nampak rambut gatal orang lain pun nak cabut jugak. Ah sudah..



GOYANG / GONCANG KAKI
Ha..yang ni selalunya lelaki punya habit tapi perempuan pun ade jugak. Waktu lecture tu, dalam kelas kau boleh nampak berape ramai duk goyang kaki. Dia macam susah nak berhenti. Aku pun tak tau kenapa. Kadang2 laju, kadang2 perlahan, bergantung pada keadaan. Korang tau tak punca dia?

GIGIT KUKU
Aku paling anti dengan orang yang gigit kuku. Kalau aku nampak adik2 aku gigit kuku, time tu jugak aku jentik mulut depa sekuat hati aku. Lantak kau le nak melalak ke hape. Aku memang anti gile. Siyes.

Edward Cullen pun gigit kuku

Yang tak boleh bla orang gigit kuku ni an, nanti diorang gigit kuku tu sampai ade bunyi 'ktuk, ktuk' OMG! Siyes aku leh migraine dengar bunyi kuku tu kena gigit. PERGI LAH POTONG KUKU TU OI!

Aku selalu assume orang yang gigit kuku ni ade masalah mental. Bila diorang tak dapat something yang diorang nak, diorang mula lah gelabah pastu gigit kuku dengan rakus nya. Pastu, pastu, pastu, try tengok muka diorang masa tengah gigit kuku tu, focus habis. Diorang gigit kuku tu dengan muka focus pastu diorang tengok kuku tu, pastu gigit balik, pastu tengok balik, pastu gigit balik. Diorang tengok ape ntah? Tak faham aku.
contoh muka focus mewaktu menggigit kuku

KOREK HIDUNG
Hah. Ini yang paling popular. Korang pernah tengok tak orang korek hidung ni, diorang korek hidung tu pakai jari kelingking pastu dengan muka2 jadi senget pastu mulut diorang melopong. :-|

ha macam ni lah. macam ni. macam ni. -_-

Punye lah payah nak korek hidung tu pastu bila dah dapat nanti taik hidung tu dijentik ke seluruh alam cakerawala. ayayayayai.. Aku pernah kena, orang korek hidung tu jentik taik hidung dia pastu kena dekat aku. Cilake.

Tapi tu kira ok lagi. Ade lagi teruk, bila dah korek tu nanti diorang selet kan taik hidung tu dekat bawah meja. Bangang. Kang orang lain duduk dekat meja tu tak pasal2 melekat. Heaven. Ade yang lagi tak boleh bla, dah korek hidung, pastu cium, pastu masuk mulut. Maka wujudlah simpulan bahasa taik hidung masin. Orang yang create simpulan bahasa tu mesti pernah makan taik hidung dia, kalau tak mane dia tau taik hidung tu masin ke manis? ha?

----

Tapi tu la, dalam banyak2 bad habits tu, maybe ade yang kite tak sengaja buat tapi dah terbiasa so susah nak berhenti. Sekarang ade banyak product2 yang boleh korang guna untuk stop kan bad habit ni. List dekat atas ni sikit je baru. Ade berpuluh lagi bad habit yang people around the globe ni suka buat.

Ape pulak bad habits korang? Nak share tak? heee..


p/s: Dalam banyak2 bad habits dekat atas aku paling anti dengan orang yang gigit kuku tak tau kenapa.

Thanks for reading!  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...