Friday, 25 February 2011

Ehem ehem. Ok. Wats your problem?

Assalamualaikum..


Semenjak kebelakangan ni aku sering di hujani hujan masalah cinta orang-orang tersayang. Sampai basah kuyup la aku nak handle satu-satu kan. Tapi takpe. Just piece of cake. Not really that piece but kinda...you know, Melayu always said 'Its easy like peanut'. Tapi kalau peanut tu macam senang sangat nak makan, ngap je terus habis..so tak sesuai sebab problem ni susah sikit jadi aku nak cakap 'Its easy like baking a cake'. Jadi takde la piece of cake sangat kan. Korang tau tak nak buat kek tu senang je, masuk kan je bahan bahan kat dalam mixer tu pastu bila dah sebati bake la. Mesti jadi kek punye, cume rase je antara sedap dengan tak sedap.




Ok lets back to the main story. Nak cakap ape tadi ye..? errrrr....owh! Problem cinta orang orang tersayang. Yeah dats it. Well, aku penah mention yang aku ni serious so maybe dats why aku sering dirujuk berkaitan masalah cinta semenjak di bangku sekolah. Ok, tanpa membuang masa, lets view the problemos!


Pesakit 1:

Doc, saya mempunyai seorang teman lelaki iaitu Mr M. Kami baru kapel beberapa bulan tapi saya sayang dia sangat dan kami dah pun bertunang secara unofficial. Mr M sangat hot okay! Dia hensem, banyak duit, ex-gf keliling perut, sense of humor yg tinggi dan juga pandai serta beriman. Kalau doc perempuan, sure doc suke dekat dia jugak. hehe. (=..=') Mase baru kapel kami sering berjumpa, rumah pun dekat jadi senang la nak jumpa. Tapi doc, Mr M sekarang dah jauh. Dia sekarang tinggal bersama parents nya di utara manakala saya di selatan. (really? haha. serve u right then.)  Masa mula2 hari tu dye selalu calling2, gurau2 sakat2 saya. Saya sangat happy.

Tapi doc, tu semua sementara. Semenjak kebelakangan ni Mr M seperti menjauh kan diri dari saya. Kami jarang berhubung. Dia selalu offline chat dekat fb. Saya call tak jawab, pastu tak reti nak call balik.
Saya juga sering dihantui oleh hantu hantu ex-gf Mr M yg entah bila nak mati. Saya sering meng-stalk wall Mr M dan saya dapati ex-gf dia selalu mengganggu dia. Saya cemburu. Sangat2. Saya takut doc. Mr M pernah bagi tau saya yang dia cepat boring dengan hubungan jarak jauh dan dia pernah break up dengan ex-gf dia dulu sebab ex-gf dia further stadi di tempat yang jauh. Tapi dia pernah berjanji takkan buat macam tu dekat saya.. tapi sekarang tengok la.. Saya rasa sangat down sekarang. Please, help me.



Doc Hee:

Ok. DH tak mau cakap banyak. Bagi DH senang je nak handle masalah ni.


i. Ajak Mr. M jumpe dekat tempat yang romantic. Paris contoh nye. Bawak cincin sekali.


ii. Lamar beliau di sana. Laki sekarang semakin pupus. So sape cepat dia dapat.


iii. Selalu wc dengan dia tengok reaction dia macam mana setiap kali korang wc. Kalau nampak muka dia macam boring, tanggal la tops, pkai tube je. Confirm dia suke.


iv. Time jumpe tu bagi dia minum air banyak banyak sampai dia pergi tandas lepastu ambil hanset dia. Bukak new message pastu tulis, "I dah lama nak mengaku tapi I takut u bagi tau parents I. Tapi sekarang I tak boleh nak handle lagi since u susah nak lepas kan I. I terpaksa mengaku yang I sebenarnya gay. I dah tak suci lagi. I telah di goda dan I dah tergoda. Dats why I break up with u. Ape yang I bagi tau u dulu semua untuk cover the fact that I am a gay. Ingat tak I selalu cerita pasal ii dekat u? He is actually my true love. So forget about me." Pastu send. Send to many.




DH tiba-tiba rasa sakit pinggang. Esok DH sambung lagi. Bye.


Thanks for reading!

Friday, 18 February 2011

Bad Habits. Yang mane satu korang? ahaa..


Assalamualaikum..

Baiklah rakan2 arini aku nak cite pasal bad habits. Korang sume bijak pandai mesti tau kan bad habits tu ape. Dia macam, err..tabiat (tebiat?) beruk buruk yang korang dah lame amalkan dan susah nak buang. Dekat bawah ni aku ade ranking kan tabiat2 buruk yang terlintas kat kepala aku. Ini cume sebahagian je, merangkap tops bad habits.


ISAP JARI
Biase nye orang isap jari ni dorang isap ibu jari la kan. Tak pernah pulak aku tengok orang isap jari telunjuk ke jari hantu ke. Habits buruk ni biasenye jadi dari kecik. Dari kecik dah belajar isap jari pastu mak bapak tak bagi ape2 cara untuk prevent si budak ni dari isap jari, maka sampai ke besar la kau duk isap jari tu.
Hei! tak malu ke dah tua bangka pun isap jari huh? Adik2 aku yang kecik pun tak macam tu taw! -_-

Aku ade kenal sorang budak ni. Beliau memang dari kecik suke isap jari. Geli dohhh!. Bile budak ni dah besar, jari yang beliau suke isap tu jadi kecut dan tak normal berbanding jari lain. Dapat bayang kan tak rupa jari tu? eww.

Sucking the thumb (or fingers) can also produce a localizes 
deformation of the teeth and the supporting bone

Cara nak atasi senang je. Kalau kau tengok anak kau, adik kau ke sape2 lah dah start isap jari, kau balut kan jari yang dia isap tu dengan plaster. Kalau budak perempuan senang sikit, bagi plaster yang comel2 sikit mesti diorang sayang nak isap. Bile dah pakai kan plaster tu kau ugut la sikit, cakap 'kalau ang bukak, den potong jari ang'.

MELUNCAS
Err.. ini orang gile sex suke buat ni. Meluncas tak kira masa, asal tengok gender bertentangan je rase stim, pastu meluncas. Tak tau ler aku nak kata apa. Der,  lu da besar panjang, lu pikir la sendiri..

BERSHOPPING
Ini kira bad habits jugak la. Pantang nampak bende cantik sume kau nak beli even bende tu kau tak perlu kan sangat. Pastu hutang keliling pinggang. Ha, ni lagi satu bad habit gak. Suke berhutang. Dah tak ada duit buat la cara takda duit. Pastu kang dah teruk sangat mula lah nak pinjam duit aku. Tau sangat dah tu. Yang jadi mangsa sape? Aku jugak. Nasib baik aku ni pemurah, tolong jugak kau (walaupun tak ikhlas) wakaka.
(Eh, tetibe aku ingat, kau ade hutang aku 300 hengget kan?)

KUAT MAKAN
Lapar, makan. Kenyang makan. Boring, makan. Tension, makan. Tidur, makan. Berak makan tak? Ops!

GIGIT / KUNYAH BELAKANG PENCIL / PEN / STRAW
Cuba korang imagine: Korang gigit penutup pen - a disgusting place to start with. Korang kunyah2 dengan rakusnye bende alah tu. Airliur korang ( tempat paling heaven for germs) melekat dekat pen tu pastu menjelajah ke seluruh dunia - beg, meja, buku, lantai, tangan (atau mulut) orang lain and finally masuk balik dalam mulut korang. Amacam, sedap?

Cara nak atasi senang je. Korang pergi drug store pastu beli stuff yang diorang jual untuk stop orang yang suke gigit kuku. Rupa dia macam varnish pastu ade rase pahit2. Korang kena paint kan dekat pen korang pastu next time kalau korang tergigit pen tu korang tau la macam mane rase dye nanti.

CABUT RAMBUT GATAL
Selalunye perempuan la yang suka cabut rambut gatal ni. Padahal rambut tu manade gatal, tangan tu yang gatal2 nak cabut rambut yang tak gatal tu. Adik aku suke cabut rambut gatal. Teruk sampai bahagian tengah kepala dia macam botak, rambut jadi jarang2. Aku cakap dekat dia, 'Kau nak cabut rambut tu kau cabut la depan sikit, belakang sikit, tengah sikit..baru la sama rata' pastu budak tu jeling aku. Eh, betul ape aku cakap?
Dah lah tu, kalau setakat cabut rambut sendiri takpe. Ni kang nampak rambut gatal orang lain pun nak cabut jugak. Ah sudah..



GOYANG / GONCANG KAKI
Ha..yang ni selalunya lelaki punya habit tapi perempuan pun ade jugak. Waktu lecture tu, dalam kelas kau boleh nampak berape ramai duk goyang kaki. Dia macam susah nak berhenti. Aku pun tak tau kenapa. Kadang2 laju, kadang2 perlahan, bergantung pada keadaan. Korang tau tak punca dia?

GIGIT KUKU
Aku paling anti dengan orang yang gigit kuku. Kalau aku nampak adik2 aku gigit kuku, time tu jugak aku jentik mulut depa sekuat hati aku. Lantak kau le nak melalak ke hape. Aku memang anti gile. Siyes.

Edward Cullen pun gigit kuku

Yang tak boleh bla orang gigit kuku ni an, nanti diorang gigit kuku tu sampai ade bunyi 'ktuk, ktuk' OMG! Siyes aku leh migraine dengar bunyi kuku tu kena gigit. PERGI LAH POTONG KUKU TU OI!

Aku selalu assume orang yang gigit kuku ni ade masalah mental. Bila diorang tak dapat something yang diorang nak, diorang mula lah gelabah pastu gigit kuku dengan rakus nya. Pastu, pastu, pastu, try tengok muka diorang masa tengah gigit kuku tu, focus habis. Diorang gigit kuku tu dengan muka focus pastu diorang tengok kuku tu, pastu gigit balik, pastu tengok balik, pastu gigit balik. Diorang tengok ape ntah? Tak faham aku.
contoh muka focus mewaktu menggigit kuku

KOREK HIDUNG
Hah. Ini yang paling popular. Korang pernah tengok tak orang korek hidung ni, diorang korek hidung tu pakai jari kelingking pastu dengan muka2 jadi senget pastu mulut diorang melopong. :-|

ha macam ni lah. macam ni. macam ni. -_-

Punye lah payah nak korek hidung tu pastu bila dah dapat nanti taik hidung tu dijentik ke seluruh alam cakerawala. ayayayayai.. Aku pernah kena, orang korek hidung tu jentik taik hidung dia pastu kena dekat aku. Cilake.

Tapi tu kira ok lagi. Ade lagi teruk, bila dah korek tu nanti diorang selet kan taik hidung tu dekat bawah meja. Bangang. Kang orang lain duduk dekat meja tu tak pasal2 melekat. Heaven. Ade yang lagi tak boleh bla, dah korek hidung, pastu cium, pastu masuk mulut. Maka wujudlah simpulan bahasa taik hidung masin. Orang yang create simpulan bahasa tu mesti pernah makan taik hidung dia, kalau tak mane dia tau taik hidung tu masin ke manis? ha?

----

Tapi tu la, dalam banyak2 bad habits tu, maybe ade yang kite tak sengaja buat tapi dah terbiasa so susah nak berhenti. Sekarang ade banyak product2 yang boleh korang guna untuk stop kan bad habit ni. List dekat atas ni sikit je baru. Ade berpuluh lagi bad habit yang people around the globe ni suka buat.

Ape pulak bad habits korang? Nak share tak? heee..


p/s: Dalam banyak2 bad habits dekat atas aku paling anti dengan orang yang gigit kuku tak tau kenapa.

Thanks for reading!  

Thursday, 17 February 2011

First Thought

Assalamualaikum..

     Jadi aku dah ter-create blog baru lah pulak. aiseh... Sebelum ni aku ade juga blog tapi blog tu private. Jadi lama kelamaan aku jadi bosan dengan blog private aku tu. (tu la gatal private-kan sapa suruh!). 



peaceful warrior


Baiklah rakan2. aku buat blog ni cuma nak berkongsi pendapat tentang apa yang berlaku di sekeliling aku. Pernah tak korang terlihat, terdengar, atau ter ter ter something, korang nak tegur tapi korang rase macam tak wajar pulak nak tegur mase tu takut menyinggung perasaan mane2 pihak. aku selalu jugaklah macam tu. Jadi aku selalu pendamkan ape yang aku rase. Pendam2 ni tak elok ye rakan2, silap2 hari bulan nanti meletup susah. 

Dengan itu ter-create lah blog ini dek kerana ke-tidak-puasan-hati kadangkala meluap2 tetapi tidak dapat dihemburkan umpama naga menghemburkan api yang marak dengan hembusan nafas nya..(ape aku merepek ni =_=  )



stress

Serba sedikit tentang diri aku, aku berumur 22 tahun, belum berkahwin, masih belajar. Aku seorang yang agak serius dan pendiam. Aku juga seorang yang kuat membebel. Well...aku ni macam sewel sikit ade split personality, aku pun pening -_-'  walaupun most of the time aku suke buat hal sendiri, tapi bile aku dah start bercakap aku susah nak berhenti. Sampai kadang2 aku paksa orang untuk pay attention dekat aku (maybe diorang ade problem tu yang susah nak pay attention tu. Tapi takpa, aku paham.) :')

So senang2 drop la comment ke pendapat korang tentang ape yang aku tulis. Aku masih baru dan masih banyak yang perlu aku belajar, jadi sila betulkan aku jika aku salah. 

Sampai sini sahaja. Adios!


Thanks for reading! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...